"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 30 April 2014

kebaikan minum madu untuk kesihatan

 
 
An-nahlu = lebah
 
 
Madu ni selain manis, rasanya pun nikmat kesihatan turut terjaga. Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan.
 
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah karena dalam al-Quran sendiri telah menggariskan berbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada berbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
 
 
khasiat madu dalam Al-quran
 
Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; ” Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : “Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir”.
 
 
 
 
 

Madu juga boleh buat mask muka

Terapi madu juga sangat baik untuk kesihatan mata dan kecantikan kulit muka. Satu sudu besar madu dimasukkan kedalam setengah liter air dan digunakan untuk membasuh muka pada malam hari. Biarkan air tersebut kering di muka dan bersihkan pada hari esoknya.

 
 
 

Madu juga boleh diganti gula atau susu

saya belajar dari ayah saya yang amat menyukai OAT . Ayah saya letakkan Madu sebagai penganti gula atau susu dan ayah saya juga gantikan madu sebagai ganti gula untuk minum kopi ataupun teh. Rasanya sangat lain amat sedap. kadang kadang serbuk kayu manis juga diletakkan sekali di dalam kopi.

Tip ini juga boleh dijadikan alternatif untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis & . Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.



 

Madu juga boleh memberi tenaga  sebelum ketika dan selepas haid dan juga cirit birit

Tip ini juga saya belajar dari ayah saya. Alhamdulilah, bila saya amalkannya jarang saya pening berbanding dulu dan memberi tenaga untuk melakukan tugas tugas harian saya.


Boleh juga sebagai Ubat batuk

Minum madu dengan air suam. Madu boleh melegakan batuk yang berpanjangan dan Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah .


kesimpulan
Allah menciptakan madu untuk kebaikan kita. Jadi amalkan meminum madu untuk lebih sihat dan bertenaga , dengan izin Allah sembuh penyakit kita.




1 comment:

  1. Thanks yam, sy juga selalu mengamalkan meminum madu pada waktu pagi dengan air suam dicampur lemon. untuk mengembalikan tenaga.

    ReplyDelete