"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Thursday, 24 April 2014

Pesta Permainan Tradisional 1Msia FESTIVAL BELIA NEGERI SEMBILAN

Persatuan Pendamai dan My Media & Event Management dengan suka citanya ingin menjemput semua remaja, belia, dan komuniti setempat untuk mengambil bahagian di dalam Pesta Permainan Tradisional 1Msia yang bertempat di Port Dickson,Negeri Sembilan pada 17 & 18 Mei 2014. Ada 3 kategori pertandingan yang akan dipertandingkan iaitu :
 
 
1. Pertandingan Permainan Tradisional
  • # Batu Seremban
  • # Guli
  • # Congkak
  • # Layang-Layang
  • # Zero Point
  • # Teng Teng
  • # Baling Getah
  • # Baling Selipar
  • # Lidi Sate
Yuran penyertaan bagi setiap acara permainan tradisional adalah sebanyak RM5 dan penyertaan terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.

2. Pertandingan Tarian Tradisional
Penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM20 sahaja.
 
3. Pertandingan Pakaian Tradisional
Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM20 sahaja.
 
 
Kepada individu atau kumpulan yang berminat menyertai dan ingin tahu lebih lanjut sila berhubung terus dengan Cik Tina 012-2825015 & Encik Raja 013-7750014.

No comments:

Post a Comment