"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Wednesday, 16 July 2014

komen mengenai vedio muslimah peugeot

Tindakan seorang Muslimah yang gagal menahan kemarahannya apabila keretanya dilanggar dari belakang dengan memarahi lelaki tua itu bukann ya ajaran Islam dan perlu diperbetulkan.

Namun adakah cara masyarakat kita 'share' link video dan blog dengan caption memaki hamun dan dalam masa yang sama turut mengundang 'friends' FB kita utk memaki hamunnya itu ajaran Islam? Jawapannya tidak. Apakah mencari data peribadi Muslimah tersebut serta melondehkan segala 'link' peribadinya itu ajaran Islam?

Ya tindakannya memarahi lelaki tua tersebut agak melampau & perlu diperbetulkan TETAPI adakah itu menjustifikasi tindakan kita memaki hamun serta mencacinya itu adalah betul? Sukakah kita apabila kesilapan kita dirakam tanpa diketahui lalu dikongsikan serta dilondehkan segala gambar dan data peribadi dan dicaci maki oleh masyarakat? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya tetapi terlajak 'post' masih boleh dipadamkan. Pilihan di tangan kita. Ingatlah sabda Nabi Muhammad s.a.w;

“Wahai sekalian orang yang hanya berislam dengan lisannya namun keimanan belum masuk ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, jangan pula kalian memperolok mereka, dan jangan pula kalian menelusuri mencari-cari aib mereka. Karena barangsiapa yang mencari-cari aib saudaranya niscaya Allah akan mencari-cari aibnya, dan barang siapa yang aibnya dicari-cari oleh Allah niscaya Allah akan mempermalukan dia meskipun dia berada di dalam rumahnya sendiri.”
[HR. Abu Daud no. 4236 dan At-Tirmizi no. 2032]



Kita telah menjadi umat yang kurang pemaaf dan suka mendedahkan aib orang lain hanya kerana satu kesilapan.

Lebih teruk yang mempelopori melondehkan identiti peribadi serta segala info pelaku dosa adalah mereka yang mengaku Muslim. Apakah akan tiba satu hari nanti di mana hanya kerana satu kesilapan maka info nenek moyang serta anak anak cucu cicit akan dibongkarkan?

Seribu satu alasan diberi bagi menjustifikasi tindakan melondehkan orang lain tetapi apakah mereka yang melakukannya juga akan setuju dilondehkan segala maklumat peribadi mereka anda suatu hari mereka pula yang melakukan kesilapan? Nak kongsi sebagai pengajaran tak mengapa tetapi apabila ditambah caci maki dan didedahkan info peribadi itu sudah melampau...

Dia bersalah pada 'uncle' seorang tetapi RAMAI bersalah padanya kerana berkongsikan info peribadi beliau dan individu yang membongkarkan mendapat saham dosa paling banyak. Sudah-sudahlah... Nabi Muhammad s.a.w yang maksum pun tidak membuka aib orang sebagaimana kita lakukan hari ini.


 Apakah kita lupa bahwa kita juga pernah melakukan kesilapan?


rujukan by Firdaus wong wai Hung : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10152533345948629&id=773088628&fref=nf

No comments:

Post a Comment