"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Thursday, 9 April 2015

REDHA ALLAH PADA REDHA IBUBAPA

WAJIB TANAMKAN AZAM DALAM DIRI KITA




Tak kira besar mana kejayaan kita, tinggi mana ilmu dan pencapaian kita, kaya mana kita, banyak mana harta kita, besar mana pangkat kita akan datang, IBUBAPA wajib kita sayang,jaga dan pelihara mereka dengan segala kemampuan kita sampai ke hujung nyawa mereka atau hujung nyawa kita kalau kita yang pergi dahulu dan ianya bukanlah suatu yang mudah.
Jangan kita ada hati nak letak mak ayah kita di rumah orang tua, upah orang gaji jaga mak ayah kita, atau seumpamanya yang langsung tak melambangkan balas jasa kita kepada mereka.
Jom sama2 berazam nak jadi anak yang terbaik buat mak ayah kita, moga Allah SWT mudahkan segala urusan kita, menerima segala amal dan memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua.


اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدينا وارحمهما كما ربيانا صغيرا
Ya Allah ya tuhan kami ampunkanlah segala dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami dan rahmatilah mereka sepertimana mereka telah mendidik dan mengasihi kami sejak kami kecil.
-- REDHA ALLAH PADA REDHA IBUBAPA --

Dari Fb : https://www.facebook.com/MuhammedHafeez?fref=ts

No comments:

Post a Comment