"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Thursday, 25 June 2015

Lonjakkan potensi anda di bengkel individu "MYRYL" : WARNA DAN KERJAYA

Assalammualaikum semua, hari ni saya nak share pasal input yang saya dapat masa bengkel warna dan kerjaya tempoh hari , tapi 1st sekali let me introduce pengasas MYRYL

Tudung biru barisan belakang tulah pengasas MYRYL puan shuhada
Latar belakang 
Nama
Shuhada Alauddin

Asal
Alor Star, Kedah

Pendidikan
SM St. Nicholas Convent, Alor Star
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, UiTM Shah Alam

Kerjaya
Pakar pembentukan personaliti, terapi warna dan analisis perlakuan

E-mel
ask.us@myrylpoint.net

Kebolehan
Membaca personaliti, mendaki dan memanah

Pencapaian
Bengkel pembentukan personaliti diiktiraf media dan pernah ke Jakarta atas jemputan korporat

Motto hidup
Always challenge yoursel

Sumber rujukan: Majalah Humairah Bil. 6

Apa maksud MYRYL lak  :-

  • MYRYL (disebut sebagai my-real) yang merupakan singkatan bagi "Master Yourself Revamp Your Life" 
  • sebuah syarikat yang diasaskan oleh Shuhada Alauddin sejak 3 tahun dahulu. Ianya adalah merupakan salah satu di antara syarikat pertama yang menawarkan kursus di dalam bidang pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkah laku ("behavioural analysis").
Apa kaitan warna dan kerjaya

  • warna ada satu energy
  •  ada frekuensi yang tersendiri 
  • kita boleh tahu kerjaya apa yang sesuai dengan individu tersebut 
  • warna apa yang sesuai dipakai mengikut hari
  • kenali warna dengan tarikh lahir
  • dapat yakinkan diri dengan personaliti diri 




Perkongsian masa di Bengkel MYRYL | Warna & Kerjaya 
  • "WHO AM I?" - teknik mengenal diri melalui warna dan penomboran
  • "UNLOCK & UNLEASH" - teknik sistematik untuk mengatasi kekangan minda dan mencapai matlamat
  • "WALK THE TALK" - aplikasi warna dalam kehidupan seharian
Menurut Shuhada, di antara sebab-sebab pentingnya mengenali warna diri adalah:
  • mengenalpasti kekuatan diri yang boleh dijadikan sumber kekuatan sewaktu anda dalam kesusahan.
  • mengenalpasti potensi diri yang boleh dikembangkan 
  • mengenalpasti kelemahan yang boleh diatasi
  • meningkatkan keyakinan diri kerana anda sedar akan kelebihan diri anda
Teknik mengenal warna diri yang diperkenalkan oleh Shuhada adalah Applied Kinesiology - believe to see it,100% penyerahan dan berfikiran terbuka.

80% warna luaran 
20% warna dalaman

1)1st diajar teknik bagaimana nak diagnosis warna luaran Tangan kanan depa kan. tangan kiri dekat energy points.

1) putih - kepala
2)Pink- dekat kening
3) Hijau -dahi
4)biru - dada

selepas di diagnosis saya warna LUARAN diri saya adalah biru. macam tahu tahu je saya ada ciri ciri tu. lepas diagnosis tau baru dapat kertas ni. warna biru more to kerja office accountant , admin, bookkeeping. macam tau tau je kita kerja account. hihi

korang cuba buat? dah cuba komen tau? hehe.

2) Teknik mengenal diri dengan number menggunakan warna 

Ada dua kaedah

1)warna dalaman mengikut number

Contoh untuk tahu warna luaran, selepas sesi simulasi kita akan tahu warna luaran kita apa sama ada putih, pink, hijau atau biru. Sama juga dengan nombor dalaman. Kita akan dapat tahu nombor dalaman kita sama ada 1,2,3,4,5,6,7,8 ataupun 9

Teknik depa kan tangan dan sebut nama 

cth : - untuk number 1 

maryam adakah number 1 warna dalaman anda.

Selepas diagnosis sy number 8 warna hijau

2) Warna luaran mengikut number

Dihitung dengan menggunakan tarikh lahir. Setiap warna dan nombor ada maksud yang tersendiri. Dan definisi warna dan nombor sedikit-sebanyak dapat membantu kita mengenal diri sendiri. Mengikut kaedah pyramid




selepas dihitung saya number 8 juga warna hijau.

                                                                 
korang boleh cuba , saya Listingkan warna 1-9,

1) Merah
+ bertuah , berkimpinan
-Angkuh , keberanian, melulu

2) unggu
+bertimbang rasa , penyumbang idea
-pemalu , keterlaluan ,terlalu berahsia

3) Merah jambu
+suka bersimbolik , tak suka bertangguh
-trauma dengan pengalaman buruk , pendendam

4) oren
+boleh dipercayai , patrioritik
-kurang sabar , kuat cemburu

5) biru
+suka berbincang, ada identiti tersendiri
-cenderung pilih kasih ,mudah terpengaruh

6)Hitam
+peka pada benda, misteri
-tak jelas, zalim

7) kuning
+ceria, falsafah
-cenderung untuk meragui, mudah tertekan

8) hijau
+pemurah , pengimbang
-Mudah bosan, childish

9)putih
+sukakan kebenaran , bersemangat
-dramatik

Pakai baju mengikut hari




Akhir kata,,

Program ni santai je dan puan shuhada memang terbaik. hehe. memang sangat membantu saya melonjakkan potensi diri, lebih positive , meningkatkan keyakinan diri . tak semua orang sama. masing masing dilahirkan dengan kebolehan tersendiri dan personaliti tersendiri sebab tu lah tuhan ciptakan manusia untuk kenal satu sama lain.

terima kasih banyak banyak pada abang ben dan kelab blogger ben ashaari sudi menjemput saya ke bengkel warna dan kerjaya  ni :) 

kalau nak tahu, saya lepas program ni setiap minggu start pakai baju thema mengikut hari, hehe.


bengkel warna dan kerjaya ni sangat sesuai bagi orang yang bekerja, yang mana tahu tengah bosan atau tak kena je dengan apa yang dia buat dan student student yang sebelum masuk ke universiti boleh kenal dulu potensi diri dan kebolehan diri. nak ambil bidang apa boleh la kunjungi website , instagram , facebook myryl atau contact emai yang tertera di bawah.




Website
Email
Instagram
@myrylpoint

Facebook







1 comment:

  1. Thumbs up to you Maryam. Artikel yang amat menarik dibaca. Thanks a lot sudi jadi partner akak masa bengkel ya hehe

    ReplyDelete