"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 31 August 2015

Blogger day out di Zoo negara


Assalammualaikum, hai semua, *tangan angkat



hari ni baru ada kesempatan nak cerita hari ahad hari tu ada blogger day out dengan kelab blogger ben ashaari dekat zoo negara . last sekali pergi dulu masa umur 3 tahun. sekarang ingatan pun hilang. masha Allah, hehe.

sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada owner kelab blogger ben ashaari kerana mernerima saya masuk dalam kelab ni untuk menimba ilmu dan mengenali ramai lagi ahli ahli dalam kelab ni yang semua hebat belaka. mohon tunjuk ajar ya semua :)

dan tak lupa pada Tram Ride zoo Negara Tours. kenalkan kami nama nama, cara haiwan hidup dan sebagainya :)

bawa Abg pak arab(sulung saya) , dan adik bongsu









1st sekali kami dibahagikan 2 kelab , saya kelab tiger. kebetulan saya memang suka tiger. sebab comelnya masha Allah. kan best boleh bela. hihi. *kalau takda gigi tajam and tak buas la ya. agaknya di syurga nanti la ya.



okay sambung. *tak sabar la tu nak tahu kan Eh :P

lepas di bahagikan kumpulan tu kami kumpul ramai-ramai tangkap gambar reramai depan pintu masuk zoo negara.


Butterfly Garden

Adik saya ni memang suka buat gaya kalau suruh tangkap gambar gambar lagi bertambah seronok nya cakap nak jumpa beruk makye pasni.

sebelum masuk, ada perasan panda. semua serbu rupanya blogger bro framestone pun datang ke zoo negara :D


kat sini rama-ramai terbang merata rata tempat tengok tengok da ada atas tudung da, hihi. lawa lawa semua masha Allah.

kat sini juga ada kura-kura comel ja.  lumba lumba each other pastu pusing balik kura-kura kiri
tu. macam pelik ja hihi.. *adik sorang ni bukan main nak tengok kura-kura mana yang menang dulu.



Multi Animal show

ada show amphitheatre tau.show burung lawan burung, anjing laut, singa laut, dan macam macam lagi,,semua jinak jinak oo  best!






Tunku Abd Rahman Aquarium





macam macam jenis ikan ada dalam ni tau .. bagus sangat zoo negara ni. :) rugi tak pergi zoo negara siapa yang belum pergi tu, cepat-cepat beli tiket.! :)







Bee Museum
mengenali jenis madu dan lebah. maklumlah orang bandar mana kenal jenis jenis lebah ni, bagusnya pihak zoo menyediakan ni. xsempat rasa madu lebah tu sebab beratur tangkap gambar kat multi animal show. Rezeki ada in sha Allah lain kali. Macam macam jenis lebah rupanya. masa ni battery phone hidup 29% ja , sedih takda kenangan. kenangan kat memori otak ja lah. hah, korang boleh tengok kat blog bloggers ben ashaari yang join tau.

Mix Animal at savannah walk

kami dibawa round menaiki kereta ke tempat panda , dapat pusing pusing tau dengan kereta ni dapat tengok gajah, zirafah, badak sumbu dan macam macam lagi tau.



siapa main game pokemon, tau burung apa ni ..hihi..macam dalam game tu kan.












The Wild Restaurant

sebelum ke tempat panda makan lunch dulu di the wild restaurant.


Fast food , cheat day hari ni :D hihi.. rezeki tak leh ditolak :P





Giant Panda Conservation centre

kebetulan jatuh ulang tahun kelahiran kedua-dua panda.. kek hari jadi carrot dan buluh.. hihi..
tapi panda jantan je lah ada, panda betina kena dok dengan anak dia, tak mau jauh katanya.. mama panda gerak sikit ja nangis, mama panda tak boleh makan sendiri, yang suapkan makanan pihak zoo .. kalau biar dok dalam Conservation centre ni, silap silap makan anaknya.





harap pasni ada kesempatan dapat pergi lagi ke zoo negara.best sangat dapat kenal haiwan haiwan yang diciptakan oleh Pencipta kita. dan semestinya dapat berjumpa lagi blogger blogger kelab blogger ben ashaari . Terima kasih pada pihak penaja sudi menaja kami pada hari  blogger day out hari tu, moga dimurahkan rezeki selalu^^







Boleh beli tiket online tau

website : www.zoonegaramalaysia.com
contact : 017-3778516- Eyka & 014-3669756 -zuliana.
Instagram : zoonegaraonlineticket

Operation Hours : 9.00am to 5.oo pm


















1 comment: