"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Friday, 25 December 2015

Demora Intensive Skin Repair

Assalammualaikum semua,
Hi Hi! lama rasa tak update blog ni. :D
 Nak cerita ni hari tu, saya ada review satu produk ni , Produk Keluaran terbaru Demora Intensive Skin Repair.

Lepas pakai produk Demora ni, kulit saya lebih lembut kurang sensitive jerawat tak mau keluar-keluar dah, sabun dia wangi,serum dia wangi dan sejuk, mask dia pun wangi, semua la wangi :D selesa ja pakai dekat muka ni.hehe.

By the way, nak tahu tak.
Demora adalah serum pertama di Malaysia hasil gabungan dari ekstrak bunga paenia dan akar ginseng yang sangat berkualiti tinggi dan telah dikaji oleh pakar chemist yang bertauliah dan diyakini.

Demora Intensive Skin Repair berkesan dalam masa 7 hari
 
Menggabungkan kesemuanya dimana terdapat serum, sabun, lotion dan krim muka bagi membuktikan yang terbukti berkesan dalam masa 7hari


 Bahan Bahan dalam produk Demora Intensive Skin Repair

Mineral Soap
Sabun pembersih yang mengandungi serbuk mutiara, mica, sodium sulfate dan agen pencerah bagi membersihkan kotoran dikulit wajah.
Purifying Lotion
Toner penyegar ni digunakan untuk menutup liang pori yang terbuka selain daripada membuang lebihan minyak yang ada dimuka. Ianya dihasilkan dari ekstrak bunga ros, ekstrak minyak kelapa dara, ekstrak kanji jagung, ekstrak bunga paeonia,ginseng serta agen penyegar aktif yang lain.
Cc cream
Krim pelindung matahari yang mengandungi spf30 untuk melindungi kulit dari sinaran uvA/uvB bagi mengelakkan kulit terbakar dan tidak sekata. Ianya dihasilkan daripada alpha arbutin, vitamin B3, mineral, iron serta agen pelindung kulit. Krim pelindung ni juga mesra solat tau.
Serum Treatment
Serum ini diformulasikan dengan teknologi nano bagi mempercepatkan proses serapan ke dalam lapisan kulit. Ia digunakan sebagai serum untuk mencerah, melembap dan menghilangkan bintik-bintik hitam serta jeragat di kulit wajah. Serum ini dihasilkan dari ekstrak bunga paeonia, ekstrak buah pear, ekstrak kacang soya, akar pokok ginseng, ekstrak daun melia, salix alba dan agen-agen aktif yakng lain.
Kebaikan produk Demora:-

1.Mencerah, memutih dan menggebukan kulit.
2. Melembap dan menaturalkan ph balance.
3. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
4. Mengecilkan liang pori yang terbuka.
5. Menegang dan menganjalkan kulit.
6. Membuang lebihan minyak.
7. Membuatkan tekstur kulit lebih sekata.
Cara pemakaian Demora
Pagi / petang - Gunakan sabun pembersih, Toner penyegar dan krim pelindung. Untuk toner penyegar hanya spray toner terus ke muka tanpa menggunakan kapas. Dap dan tepuk-tepuk ke muka menggunakan telapak tangan hingga ia masuk ke liang roma. Elakkan dari terkena mata dan mulut. 
Malam - Gunakan sabun pembersih, floral mask, toner penyegar dan serum sebelum tidur. Floral mask ni paling aku suka. Lepas pakai mesti muka rasa ringan je. Heheh.. Ambil satu sudu gel masker dan sapukan nipis ke muka. Biarkan dalam masa 15minit dan bilas dengan air biasa . Gunakan 3kali seminggu. Untuk serum, korang titiskan 3-5 titik dan sapukan ke muka sambil buat sedikit urutan menaik dari bawah dagu. Lebihkan sapuan pada bahagian yang bermasalah. 



saya dah cuba kulit saya dah tak sensitive, anda bila lagi? Selamat mencuba dan ucapkan selamat tinggal kulit kering merekah ! =D
Untuk maklumat lanjut boleh lawati :-
Instagram : DemoraSkinRepair
Untuk pembelian:-
Whatssap : 019-2321580

2 comments:

  1. Yam... Akak suka CC cream dia... Hahaha nk bgth gak. :p

    ReplyDelete
  2. salam singgah tgh malam..selamat tahun baru 2016

    ReplyDelete