"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Friday, 8 December 2017

Blog terkubur sekejap tapi kenapa.

Assalammualaikum dan Hi semua,
 siapa yang kenal saya, pasti pelik kan kenapa saya tiba tiba hilang radar dengan semua orang.

Sebenarnya disebabkan kerja yang banyak hari hari overtime,sabtu ahad pun kerja sebab kejar dateline di sebuah accouting firm,terlalu kerja sampai tahap kesihatan pun jadi down. makan timing tak jaga,masa tu pula dah nak kahwin, fikiran down, fikir persiapan fikir kerja, dan yang tak bestnya sehari sebelum kahwin je dapat cuti. Penat tak penat. Hahaha. Jadi zombie. Lepas ja sesi outdoor  masa kahwin tu, kepala migrain tumbang terus. Masa da nak kahwin tu dengan semua orang saya jadi lain, marah marah, tak layan termasuk la kawan baik saya sendiri zafirah,akma,nabihah lain2 lagi.. Terharu sebab dorang banyak tolong masa kahwin sebelum kahwin.Nanges T_T. Blog pun kelaut china utara. Tapi lepas resign , rasa tenang. Tak tahu la nak cakap macam mana. Hahahaha. Tak yah susah hati fikir dateline. Banyak file kena closing. Dengan teamwork yang ntah pape. Kalau file banyak teamwork okay takda la stress sangat. Hahahaha.saya ambil sebagai pengalaman. Pengalaman yang indah sekali. Hahahha. Suami saya kerap tanya tak rindu ke nak berblog. Alhamdulilah masa hari kahwin tu, ada parents yang memahami,kak bunga , catering semua bagi kerjasama yang sangat baik.๐Ÿ˜„


Sekarang ni alhamdulilah, dengan izin Allah. Saya mengandung nak masuk 6 bulan. Fasa 2nd trimester . Fasa 2nd trimester ni selalu kena heartburn,tak leh banyak makan dalam satu masa. Kena makan slow slow. Kena makan banyak kali. Nanti muntah2.


Fasa 1st trimester lak, hari2 kena asthma, sebab allergic karpet kucing ttbedan lepas 3 minggu last 1st trimester dok kl. Seronok dok dgn parents. Hahaha. Lepas rindu boleh manja banyak.

Kat bangi sini mertua,kakak ipar dgn abg ipar sorang tinggal sekali,dorang tak kahwin lagi, suami anak last. suami mampu beli rumah, dari 3 tahun lepas seblum kahwin lagi dorang tinggal. Kat sini ada 4 bilik 4 bilik air. Banyak kena toleransi dengan mak mertua. Sepanjang mengandung ni saya banyak rehat di bilik sebab tak nak ada konflik masa mula2 2 3 bulan dok sini. Parah sikit la, Hahahaha. Menanges hari hari. Homesick plus orang tak senang kita tinggal sini๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Preggy 1st trimester kan. Macam macam mood hormone lari.

Mak mertua kerap bagi kerja kosong, walaupun tahu saya pregnant. Bagi job kosong dekat husband. Banyak kali cakap manala orang nak ambil saya kerja. Kalau xkerja tu kan takda duit , senangkan suami saya katanya. Hahahahahaha. But my husband is okay. Alhamdulilah, selepas berhenti kerja kat accounting firm tu, dapat kerja full time kat bangi, small company buat account, masuk ni dah 6 bulan la kerja situ, 2 bulan lepas start buat part time kat situ. Director bagi cadangan sebab pregnant. Buat part time tapi gaji masih dalam pengiraan full time. Alhamdulilah. Ada jgkla hikmah kerja sini. Tak yah 24 jam dok rumah hahahaha.


Nanti saya share apa routine penjagaan harian sepanjang pregnant. See ya! Maryam is back now!.

2 comments:

  1. semoga di permudahkan sis..enjoy the journey of mom to be :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah boleh kerja part time tapi gaji full time, semoga urusan dipermudahkan

    ReplyDelete