"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Thursday, 22 March 2018

Pengalaman dan Pemakanan saya semasa mengandung

Assalammualaikum,

Hari ni saya nak kongsi pemakanan saya semasa mengandung.

1st Trimester . 
Masa ni hormon badan tak stabil . Bila pergi kk, kk bagi zincofer (Ubat Tambah Darah), tapi bila makan je muntah balik semua yang kita makan, macam ada angin loya yang buat kan kita rasa tak serasi dgn ubat zincofer ni.

Saya ganti makan ubat new obimin.

Lama jgk la saya mabuk dengan tak boleh makan ayam, 5 bulan check2 alhamdulilah, mengandung baby gurl😄

Start amalkan pagi malam sampai 3rd Trimester.
1)Virgin coconut Oil
2)Pati Delima
3)Pil Calcium
4)susu Lazz
5)kurma
6)Gajus
7)Badam
8)kismis

2nd Trimester.
Selera naik, tetapi tak boleh makan rojak pasembur dgn laksa. Makan dua dua ni muntah balik. Yang paling sedap makan rojak buah.

2nd Trimester ni kena kencing kotor. Kencing tak lawas, ada keputihan sikit, sakit pinggang, Pergi hospital ampang kenala masuk speculum. Sakit ya Amat, makan antibiotic seminggu. Alhamdulilah sihat.

Lepas dari kencing kotor, platelet rendah pula. Kk Refer hospital kajang . Pergi checkup banyak kali, rupanya cloating darah je. Doctor kpmc bagi tahu platelet saya okay je. 150.

Check HB , HB rendah bawah 11.

Tips cepat naikkan HB makan buah jambu batu tanpa asam dengan ikan bilis naik la 11 tak sampai seminggu😅

Start makan ubat shaklee vita C sebab risau dengan platelet rendah . ubat Obical ganti ubat calcium. Susu lazz tukar susu similac. . Sebab masa checkup kat kpmc, ada pakar nutrition jual susu similac buy 1 free 1. Susu ni sekali untuk breastfeeding.

Kena lagi sekali kencing kotor, masuk hospital kajang, doctor masukkan speculum tak rasa apa dah🤣 telan antibiotic alhamdulilah sihat.

Kira 2x kena kencing kotor😅
Trimester ke 3

Mula takda selera makan sikit je berat sama turun naik 1 kg..
Start amalkan Salindah B3 28 Minggu ,
B4 4 minggu sebelum bersalin , dengan B5 2 minggu sebelum bersalin. Cousin bagi  lepas dia bersalin.. Sebab dia dah tak guna.

Antara khasiat salindah;
B3 : Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin

B4:Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.

B5: Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

3rd Trimester
1)salindah
2)Madu dengan saffron .

Minggu ni 37 minggu, doakan saya mudah bersalin, Anak solehah sihat sempurna cukup sifat.😁









1 comment:

  1. okeh boleh buat tips untuk kehamilan seterusnya.

    ReplyDelete