"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Tuesday, 3 July 2018

Pengalaman Bersalin czer

Pengalaman bersalin.

Sebelum bersalin da booking Hosp kpmc kat kajang dengan Doctor Anita.

14/4/17 
Tarikh last appoinment dengan Doc Anita, masa scan air ketumban 7 je tinggal. Doc Anita tahan masuk wad kena induce pukul 5 petang macam tu, pastu kena pasang ctg kat badan je dan doc seluk buka cuma 1cm je.

Pukul 12 malam macam tu Doc Anita check seluk lagi buka berapa 2cm dan air ketumban pecah dengan keluar darah sekali memang sakit masa tu , lepas tu Doc Anita tambah induce buat kali ke 2, rasa dia buat kita tak selesa dengan ctg tu nak mengiring sakit semua la sakit.

15/4/17
Esoknya lepas subuh Doc Anita check seluk lagi baru 3cm macam tu, Doc biarkan dulu platelet drop banyak dan nurse tak habis habis ambil darah.

Malam tu lepas maghrib Doc check da buka 4cm terus bawa masuk labour room lepas bagi ubat berak ubat tahan sakit semua , sejuk bilik tu, tak habis habis suruh nurse tutup aircond. Panas minta bukak balik,.suami teman kat dalam.

Doc tambah induce lagi, saya cakap doc saya tak tahan, sakit tak tahan punya, Doc request czer dekat sini dia tanya mampu tak, saya cakap la nak czer dekat hosp kajang je.

16/4/17
Malam tu terus naik ambulan. Sebelum naik ambulan tu tukar tukar katil. Masa tu rasa macam bila nak bersalin ni. Tak tahan dah ni sakit.

Masa tu hujan lebat husband teman dalam.ambulan mak ayah ikut belakang. 1st time dalam.sejarah naik ambulan
 Lepas tu dorang tolak2 katil masuk ke wad bersalin hosp kajang.

Check2 dah buka 5cm dan suami tak boleh masuk sebab request czer lama sangat dengan air ketumban da pecah lagi.

Masa tu dalam pukul 1 pagi macam tu. Doc kata operate pukul 2 pagi, contraction datang je sakit ya amat dengan pasang saluran ke.pundi kencing tu ,double sakitnya!

Last last operate pukul 5pagi macam tu sebab ada kes lain , dorang settlekan tu dulu, tapi kita rasa sakit campur tak selesa. Sabar jelah, husband lah datang tenang kan diri, nanges2 husband minta maaf kat husband semua,kita pula bila nak beranak ni๐Ÿ˜‚

Pukul 5 pagi kena tolak ke operation room, sejuk gila tempat tu. nurse tolak sepanjang ke situ , jauh jugak ke sana๐Ÿ˜ tukar tukar katil macam biasa lagi kat dalam tu.

Perasaan time bila baring ramai Doc kiri kanan nampak lampu besar semua tak rasa apa, rasa bila nak keluar baby ni, tak sabar nak jumpa dia, Mula lah operasi bius (epidural), rasa kebas separuh badan dengan pakai gas , masa pakai gas tu hidung pula gatal, suruh doc garukan๐Ÿ˜‚ 

Tengah2 Doc bedah perut tu, dengar suara baby nanges tu tanda baby Dah keluar, rasa mamai time tu siap tanya doc mancung tak hidung dia, ๐Ÿ˜‚ doc terus bagi susu kat badan. Happy tak terkata perasaan dia jumpa baby yang da lama sembang dalam perut. 

Lahirlah baby sakinah solehah  pukul 5.38am

Dorang da jahit semua kena tolak ke machine panaskan badan. Baby da dibawa ke husband untuk iqamat . Husband cerita 1st experience ni nurse bawa da kena balut semua xnampak muka, tengok muka comelnya๐Ÿ˜… menanges dia, balik je rumah , cuci tanam uri.


Masa tanam uri tu ada kucing yang selalu teman masa mengandung, duduk je dekat tempat tanam uri tu, dia rasa tuan dia dah pergi๐Ÿ˜… sedangkan ada je dekat hospital.

Lepas dah hilang kebas dengan suhu da okay badan dorang tolak ke wad, dengan tukar lagi katil , sakitnya saluran pundi kencing tu๐Ÿ˜

Bila dekat wad baru bukak saluran pundi kencing tu lega tapi sakit nya. Baby dah ada dekat sebelah , perasaan dia rasa happy semua walaupun sakit,  . Tapi bila ada orang lain yang buat kita rimas ada, serabut jadi.

4 hari 3 malam tinggal hosp kajang dengan kpmc 2 hari 1 malam.๐Ÿ˜ฅ


17/4/17

Baby suspect kuning dengan badan tak boleh gerak sangat campur tak ada privacy nak bagi susu Rasa nak nanges.

18/4/17

Mak boleh discharge baby kena tinggal hospital. Jadi maknya kena tinggal lagi sehari. Dah cabut luka czer drngan platelet dah stabil. Tapi malam tu gigil satu badan sejuk ja rasa tak tahula kenapa. Nurse doctor check jantung semua okay takda masalah pun. Normal je. Ntahla. Baby pun nurse bawa ke tempat lain.

19/4/17

Dah boleh discharge lega  tapi baby kena follow up dengan hosp serdang sebab throat sempit sikit dengan kk untuk bacaan kuning. Balik je rumah susu melimpah limpah basah baju.


20/4/17 

Mulalah episod pantang, ๐Ÿ˜‚ badan penuh angin dengan tak boleh berak 4 hari dengan rasa sakitnya bagi susu campur sakit tempat czer.Berhuhuhu jelah,tak bagi susu, susu bengkak, tahan jelah . Pump bagi kat mak, mak susukan , husband jaga saya. Bagi makan mandikan,pakaikan stokin semua. tapi kita emosi je. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…Kena inject ubat cair darah lak kat peha selama 10 hari. Huhuuu.

Baby baik kuning hari ke 17 sebab saya minum susu kambing original plus susu kambing lazz ๐Ÿ˜… Alhamdulilah.

Saya tak makan ikan haruan dengan minyak gamat masa pantang sebab banyak kes lekat lekat kat usus semua.

No comments:

Post a Comment