"Jadilah seperti pohon rendang yang berbuah; dibalingkan dengan batu, tetapi diberikan buah sebagai balasan." ~Hasan Al-Banna~

Monday, 13 August 2018

Resepi Kek Batik Milo Mudah dan Sedap



Bahan-bahan

1 paket milo yang paling kecil sekali
1 sudu besar esen vanilla
susu pekat manis tengok kita nak manis banyak mana. Saya letak suku susu pekat manis tu pun da manis.
1 buku buttercup kecil
1 paket biskut marie







Cara buatnya senang je u olls
Patahkan biskut marie dulu. Letak Tepi. Kek Batik akan Rasa lembut dan sedap dimakan.


Masukkan butter yang untuk dicairkan dan susu pekat manis ke dalam periuk.
Gaul sebati dan panaskan dengan api sederhana.
Masukkan milo sepeket dalam periuk.
Gaul hingga semua sebati dn pastikan tiada milo yang berketul-ketul.
Masukkan esen vanilla dalam periuk, gaul sebati dan padamkan api.
Masukkan biskut meri yang telah di patahkan ke dalam periuk dan gaul sekata.
Letakkan ke dalam loyang dan padatkan .
Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga ia keras


 Selamat mencuba :)





No comments:

Post a Comment